Pengenalan

Para pelanggan Rapid KL yang dihormati,

Rapid KL merupakan ahli kepada International Bus Benchmarking Group (IBBG) sejak tahun 2014. Salah satu inisiatif tahunan pihak IBBG adalah untuk mengadakan kaji selidik peringkat antarabangsa di mana ia melibatkan semua ahli IBBG. Tujuan kaji selidik ini diadakan adalah sebagai kayu pengukur bagi mengkaji tahap kepuasan pelanggan melalui faktor seperti ketersediaan, kebolehakses, maklumat, masa, khidmat pelanggan, keselesaan, keselamatan dan persekitaran. Disamping itu, kaji selidik ini akan merangkumi bagaimana pandemik COVID memberi impak terhadap pengalaman pelanggan dan penggunaan perkhidmatan bas.

Rapid KL sangat menghargai maklum balas serta masa yang anda luangkan untuk mengisi kaji selidik ini.
Pendapat anda sangat penting dalam membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan kami di masa akan datang.

Segala maklum balas yang diberikan adalah dilindungi dan hanya untuk tujuan penambahbaikan sahaja.

Terima kasih

Rapid KL

T