Products

SurveyMonkey is built to handle every use case and need. Explore our product to learn how SurveyMonkey can work for you.

Get data-driven insights from a global leader in online surveys.

Integrate with 100+ apps and plug-ins to get more done.

Build and customise online forms to collect info and payments.

Create better surveys and spot insights quickly with built-in AI.

Purpose-built solutions for all of your market research needs.

Templates

Measure customer satisfaction and loyalty for your business.

Learn what makes customers happy and turn them into advocates.

Get actionable insights to improve the user experience.

Collect contact information from prospects, invitees and more.

Easily collect and track RSVPs for your next event.

Find out what attendees want so that you can improve your next event.

Uncover insights to boost engagement and drive better results.

Get feedback from your attendees so you can run better meetings.

Use peer feedback to help improve employee performance.

Create better courses and improve teaching methods.

Learn how students rate the course material and its presentation.

Find out what your customers think about your new product ideas.

Resources

Best practices for using surveys and survey data

Our blog about surveys, tips for business and more.

Tutorials and how-to guides for using SurveyMonkey.

How top brands drive growth with SurveyMonkey.

Contact SalesLog in
Contact SalesLog in

Tips penting untuk mencipta soalan-soalan kaji selidik yang efektif

Sebuah kaji selidik bukan hanya satu set soalan yang terdapat di laman­laman web, tetapi ia adalah salah satu ‘senjata’ dan ‘alat’ yang penting di dunia perniagaan, komuniti, akademik, dan pelbagai bidang lain. Setakat ini, data dari kaji selidik telah menyumbang banyak dalam hal penyelidikan di dalam berbagai industri. Melalui kaji selidik yang dijalankan, suara atau pendapat orang ramai berkenaan situasi pasaran dapat dikumpul dan ini sangat bermanfaat. Fakta ini telah disokong oleh SurveyMonkey, salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan kaji selidik ‘online’ yang terkemuka. Kini SurveyMonkey hadir untuk membantu anda.

Berbanding penyedia perkhidmatan yang lain, SurveyMonkey mempunyai kelebihan untuk menjadi pilihan anda dalam khidmat kaji selidik ‘online’. Dengan SurveyMonkey, ucapkan selamat tinggal kepada proses pembinaan kaji selidik yang mengelirukan, soalan yang tidak relevan dan laporan yang sukar difahami. Berikut adalah sebab utama kenapa anda harus menjadikan SurveyMonkey sebagai rakan penyelidikan anda:

Selain nama SurveyMonkey yang mudah di ingati dan ringkas, ia juga menawarkan proses pembinaan kaji selidik yang selesa dan cepat. Hanya dengan tiga langkah mudah ­ bina soalan­soalan, tentukan ‘target’ responden dan tunggu hasil kaji selidik selesai dalam hanya beberapa hari. SurveyMonkey menyediakan pelbagai kategori pilihan untuk tema kaji selidik anda. Ini dapat membantu untuk menyesuaikan jenis soalan dan reka bentuknya dengan tepat. Dengan ini, SurveyMonkey boleh digunakan oleh sesiapa saja kerana proses­nya yang tidak terlalu kompleks juga kerana ciri­ciri yang kaya dan bermanfaat dalam menghasilkan sebuah kajian yang bernilai.

Manfaat paling utama jika anda memilih SurveyMonkey adalah laporan hasil kaji selidik yang teliti. SurveyMonkey akan membantu anda menyelesaikan soalan yang relevan dan sesuai dengan kategori kaji selidik anda. Laporan

analisis yang disediakan adalah lebih mendalam dan teliti. Bukan itu sahaja, SurveyMonkey dilengkapi ‘analytic tools’ yang mampu mengolah data dengan cara penapisan, perbandingan dan analisis.

Fakta ini menjadikan SurveyMonkey menarik. Mungkin soalan yang anda buat untuk kaji selidik anda mempunyai perkataan yang salah, atau ayat yang tidak sesuai. Kekeliruan tersebut dapat diatasi dengan ciri ‘skip logic’ yang dimiliki SurveyMonkey. Ciri ini mampu mengubah soalan atau memberi cadangan soalan yang sesuai dengan jawapan responden berdasarkan soalan sebelumnya. Maksudnya, Skip Logic ini akan mewujudkan pusat khas melalui soalan kaji selidik berdasarkan jawapan responden, jadi hasil yang diperolehi adalah lebih relevan dan fokus. Anda dapat mengaturkan sendiri Skip Logik dan memberi variasi yang sesuai dengan aturan yang sudah anda tetapkan untuk responden.

Display bagi kumpulan soalan­soalan juga telah disiapkan oleh SurveyMonkey, antara lain pilihan soalan dalam bentuk gambaran pilihan ganda (multiple choices), rating scales, demografi, dan kotak komen/esei.

SurveyMonkey mempunyai banyak kategori kaji selidik dalam pelbagai bidang, bermula dari pendidikan, kesihatan, komuniti / kelab, sehinggalah perniagaan. Bagi pemilik perniagaan, SurveyMonkey amat disyorkan sebagai alat untuk menjalankan kaji selidik kepuasan pelanggan atas perkhidmatan atau produk perniagaan anda (customer satisfaction). Selain itu, kaji selidik ke atas pelanggan dapat dijalankan untuk mengkaji kesedaran jenama anda di mata pelanggan (brand awareness), harga terbaik di pasaran (price testing), idea­idea perniagaan baru yang popular di pasaran (concept testing), kajian tentang pesaing (competitor research), dan lain­lain. Pelbagai panduan dan tips telah disediakan SurveyMonkey bagi membantu anda membuat kaji selidik tersebut dari pembinaan soalan sehingga hasil data kaji selidik yang pasti berguna bagi kajian pasaran (market research) anda.

Selain itu, SurveyMonkey juga menawarkan pilihan untuk anda mendapatkan sasaran yang tepat bagi soalan­soalan anda. Sebagai contoh, jika soalan anda adalah berkaitan dengan perniagaan peranti telefon bimbit, anda boleh menetapkan agar responden yang menjawab kaji selidik anda adalah mereka yang menggunakan telefon bimbit setiap hari. Ini mudah dijalankan kerana SurveyMonkey mempunyai jumlah audiens yang ramai, sehingga anda boleh

mensasarkan responden yang relevan dengan tema kajian anda.
Untuk kaji selidik berkaitan perniagaan, anda boleh menikmati program kaji selidik yang ditawarkan SurveyMonkey jika anda mendaftar perkhidmatan SurveyMonkey versi berbayar. Melalui program ini, SurveyMonkey mempunyai pasukan yang akan memeriksa soalan yang anda ajukan selain membantu anda menentukan sasaran audiens yang sesuai, mereka bentuk peribadi / penyesuaian yang bagus, serta memilih soalan relevan untuk dilancarkan. Ini adalah ciri SurveyMonkey yang membuatnya sebagai perkhidmatan kaji selidik yang lebih fokus dan kuat.

Laman web hitam putih yang hanya disertakan dengan beberapa siri soalan adalah amat membosankan. Para responden mungkin tidak mahu untuk sertai kaji selidik ‘online’ yang anda berikan. Ini dapat dielakkan dengan SurveyMonkey. Bagaimana? SurveyMonkey menyediakan pelbagai pilihan paparan untuk anda membina sebuah kaji selidik ‘online’ yang lebih menarik dengan tema dan rekabentuk peribadi yang sesuai dengan jenama anda. Anda boleh memuat naik logo, foto, menukar warna, jenis huruf dan lain­lain untuk mengoptimumkan ‘branding’ anda. Antara lain yang unik adalah, nama syarikat anda dapat dimasukkan dalam pautan / link soal selidik kaji selidik anda, untuk memberi lebih kredibiliti sebagai kaji selidik yang rasmi. Akhir sekali, laman ucapan terima kasih bagi responden yang telah mengisi kaji selidik juga disediakan oleh SurveyMonkey. Jawapan dari responden akan dihantar secara automatik terus kepada anda.

Dengan penggunaan meluas telefon bimbit dan peranti mobil, SurveyMonkey juga boleh diakses melalui aplikasi mobil yang tersendiri. Aplikasi ini tidak hanya didapati di iPhone atau iPad, tetapi juga menggunakan sebarang peranti Android. Ini akan memudahkan anda untuk memantau dan mengawasi proses maupun hasil kaji selidik yang sedang dijalankan di mana­mana dan bila­bila masa sahaja. Setiap kemas kini boleh diketahui dengan pantas menerusi paparan skrin telefon bimbit anda. Juga, setiap data dan maklumat kaji selidik yang tersimpan akan dipastikan selamat dan terjaga kerahsiaannya.

Kaji selidik yang dijalankan di SurveyMonkey telah diselaraskan dengan email milik anda. Dengan kelebihan ini, anda dapat berkongsi terus sebarang pemberitahuan maupun pengumuman baru berkaitan kaji selidik yang dijalankan. Satu tips penting ­ sambungkan kaji selidik anda dengan akaun media sosial dan laman web anda untuk membantu perkongsian kaji selidik menerusi dua media tersebut dengan lebih senang.

Ciri yang terbaik dari SurveyMonkey adalah khidmat ini disediakan secara percuma, tanpa sebarang iklan. Untuk versi percumanya, anda boleh melakukan kaji selidik bersama 100 responden, mengajukan 10 soalan, pengumpulan respon melalui e­mel/media sosial, akses kepada bank soalan, menikmati ciri skip logic, dan menerima laporan data tepat, tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Walau bagaimanapun, amatlah disarankan untuk anda mencuba versi berbayar dari SurveyMonkey yang terbahagi kepada Platinum dan Gold. Dengan versi berbayar anda akan dapat akses kepada ciri­ciri canggih yang lain seperti A / B testing, pemprosesan data statistik dan lain­lain yang akan melengkapkan dan meningkatkan pengalaman anda dalam membuat kaji selidik yang berkualiti.

Toolkits Directory

Discover our toolkits, designed to help you leverage feedback in your role or industry.

Get feedback you can act on with online evaluation forms

Unlock the power of feedback with SurveyMonkey's online evaluation forms. Start with our form builder today!

Survey Best Practices

Learn our survey best practices to make the most of your next survey. Explore our survey guidelines and get started today, for FREE!

Collect key contact information with online contact forms

Create customisable contact forms and easily add them to your website. Or use one of our pre-filled templates to grow your business faster.

Kumpulkan dan susun informasi pentingAnda